Saturday 14 June 2014

Pesta Explore Johor 2014

Pada 6 -8 jun 2014,
 Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 Kerajaan Negeri Johor dari Jabatan Pelancongan Johor telah menganjurkan Pesta Explore Johor 2014 pada Senai International Airport Johor . 
Hanis dan kawan sekelas telah terlibat dalam pameran pelancongan "Explore Johor" ini sebagai sukarelawan. Ini adalah kali pertama Hanis melibatkan diri dalam event macam nie..hihihi...
So, nak cari pengalaman lah katakan... 
Tag Pameran Pelancongan "Explore Johor "
Terdapat 121 booth pameran disana, termasuklah booth dari Politeknik Ibrahim Sultan. Booth P.I.S mempamerkan produk inovasi dari pelajar politeknik. Disamping itu, rakan sekelas kami telah mengambil bahagian untuk membuat pameran ukiran buah-buahan dan hiasan cupcake. Kami mengikuti program ini dari awal hinggalah akhir program ini... Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan seperti cabutan bertuah, Citrarasa dan pertujukan seni kebudayaan. Tujuan pameran ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan lagi kepada orang ramai tentang tarikan tempat melancong dan budaya yang terdapat di Johor . Sedikit sebanyak gambar semasa kami di sana.
Set Up Booth P.I.S
Sesi taklimat bersama penganjur.
Majlis Perasmian dan sidang akhbar bersama
Y.A.B Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor
Antara pameran yang terdapat di Booth P.I.S
Keratan Akhbar pada 7 Jun 2014
Booth P.I.S
Demo ukiran buah
Antara 'volunteer' yang terlibat...
Walaupun sibuk dengan tugasan yang diberi oleh pensyarah, kami masih lagi sempat meluangkan masa untuk menyertai program sebegini. Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat dipelajari semasa disana. Harap pasni ada lagi program yang macam nie... 
Best Uth student terbaik...

Tanjung Pinang , Indonesia

Hai pe khabar...
 Hanis nak share sikit cerita dan gambar masa Hanis pergi lawatan ke Tanjung Pinang, Indonesia  bersama kawan kelas UTH1...Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang sempat kami kunjungi selama 3 hari 2 malam kami di sana. Kami telah berjaya membuat lawatan ke rumah anak yatim, sekolah dan universiti, dan juga tempat bersejarah di Pulau Penyengat tempat yang penuh dengan sejarah dan budaya. 

Jeti Feri Di Tanjung Pinang, Indonesia
Bersama anak yatim di Madrasah
Bergambar kenangan di Sekolah Tinggi Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Raja Ali Haji
Bersama pelajar dari Universitas di Muzium Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah
Dihadapan Masjid Raja Sultan Riau (Masjid Telur), Pulau Penyengat

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang lawatan ini... Ok nielah serba sedikit cerita Hanis pergi ke sana... Best sebab dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat mengetahui serba sedikit budaya yang di amalkan disana...
Thanks korang sudi luangkan masa tuk baca blog Coretan Cik Hanees...

Selamat Hari Bapa

Esok, 15 Jun 2014 adalah Hari Bapa.. 
Tapi bagi Hanis setiap hari adalah hari bapa...
Selamat Hari Bapa kepada Abahku Wan Seman Bin Wan Harun.

 Buat Abah Tersayang...
Terima Kasih kerana menjadi seorang bapa
yang melindungi kami adik beradik
dari dunia luar yang mencabar
sehingga kami di didik menjadi "seorang manusia" yang berguna
semoga Allah  panjangkan umur abah (dan Ummi juga) 
dan stay encem,macho,kacak seperti selalu...
Love you abah...


Puisi Untuk Abah

Abah...
Beribu kata telah kau ucapkan..
Beribu cinta telah kau berikan ..
Beribu kasih telah kau curahkan..
Hanya untuk anak mu..

Abah..
Kau ajarkan ku tentang kebaikan..
Kau tunjukan ku tentang arti cinta..
Kau jelaskan ku tentang makna kehidupan..
Dan kau mendidik ku dengan sungguh kasih sayang..

Abah..
Betapa mulianya hati mu..
Kau korbankan segalanya demi anak mu..
Kau banting tulang hanya untuk anak mu..

Kini ku berjanji untuk semua kerja keras mu..
Ku berjanji untuk semua kasih sayang mu..
Dan ku berjanji untuk ketulusan hati mu..
Bahawa aku akan selalu menjaga mu..
Aku akan selalu menyayangi mu hingga akhir hiup ku..

Terima kasih abah untuk semua kasih sayang mu..
Adik Sayang Abah...
Nukilan ikhlas dari Adik...

Quotes

“Travel.

As Much As You Can.

As Far As You Can.

As Long As You Can.

Life’s Not Meant To Be Lived In One Place”quote