Wednesday, 7 May 2014

Percutian di Hatyai, Thailand.

Hai semua...
Okeypost sebelum nie hanis dah citer pasal pergi bercuti di Pulau Langkawi. Kali nie pulak hanis nak share percutian hanis di Hatyai, Thailand. Bercuti di negara jiran pulak kita kali nie bersama kawan2..hihihi sebelum ni hanis hanya dengar cerita dari kawan-kawan dan sedara mara tentang Hatyai. So, nak tahu ape yang best sgt jomlah baca cerita hanis sampai habis k

Hanis ke sana mengambil pakej travel agent dari member hanis jugak. 2hari 1 malam dengan harga RM135 termasuk penginapan, pengangkutan dan semualah Bertolak ke Hatyai dari Alor Setar melalui Bukit Kayu Hitam dengan menaiki van persiaran. Sampai di sempadan Malaysia-Thailand, urusan mengecop passport.
Apabila sampai di hatyai, kami dibawa check-in di hotel dan makan tengahari.

Bersantai di Lobby Kiss Gardenhome Chic Hotel 

Seterusnya,kami di bawa terus ke Songkhla ,Tugu Mermaid yang terdapat di pantai Samila, Ko Ya yang terletak lebih kurang 10km dari bandar Songkhla .

Tugu Mermaid di pantai Samila, Ko Ya Songkhla

 Selepas itu,kami dibawa ke Cabel Car Hatyai. Dari atas sebelah kiri, kami dapat melihat view Bandar Songkhla dan di situ terdapat beberapa peniggalan sejarah. Sebaliknya, di sebelah kanan kami dapat melihat view Laut China Selatan dan Tasik Songkhla yang sangat cantik. 

Bersantai sambil makan sebelum naik Cable Car...

Pemandangan dari atas dan dapat lihat seluruh Bandar Songkhla. 

Setelah penat berjalan kami mengisi perut untuk makan malam di medan selera,Hatyai. Disini tidak sukar untuk mencari kedai makanan halal, kami tetap jumpa kedai makanan halal termasuklah di medan selera shopping mall,Hatyai.

Kemudian, inilah masanya bagi yang perempuan untuk membeli-belah. Orang kata kat hatyai barang semua murah-murah. Kami dibawa shopping di Greenway Night Market, disana terdapat pelbagai barang dari yang baby hingga yang tua. Kami menjadi rambang mata terdapat banyak pilihan yang cantik-cantik hihihi

Greenway Night Market 

Suasana di Night Market



Antara barang yang terdapat disana.

Keesokannya, selepas sarapan pagi dan check-out hotel. Kami bertolak ke Nora Plaza dan kedai menjual hasil tempatan untuk membeli-belah di Plaza Central. 

Bergambar kenangan di hadapan hotel, sebelum pulang ke Malaysia.. 

Kami dibawa ke Chang Puak Camp, untuk menungang gajah dengan harga tiket 500 baht seorang. Banyak permainan yang menarik terdapat disini seperti menaiki ATV, memanah, permainan dart.

Pintu hadapan Chang Puak Camp

Aktiviti menungang gajah. 
Dibawa berjalan pusing di sekitar perkampungan kecil selama 30minit.

Seterusnya,kami ke Floating market disana terdapat banyak makanan halal , pakaian dan lain-lain.

Pintu masuk 'Floating Market' 

Antara kedai yang terdapat di Floating Market



Keunikan disana adalah mereka berniaga makanan di atas sampan.
Saya sangat teruja dan tak sabar untuk merasai makanan yang dijual, yang penting semua makanan yang dijual adalah halal... Pelbagai jenis makanan terdapat disana dari pembuka selera hingga pencuci mulut... Kalau anda datang ke Hatyai jangan lupa singgah di Floating Market... Pasti anda xrasa rugi, bila kesana... Promote cikit... 

Dalam perjalan untuk pulang kami singgah seketika di danok untuk membeli pulut ayam. Sangattt sangat sedap hihiihi.

Suasana di sekitar Danok.

Setelah habis tour, kami terus bertolak pulang ke Malaysia.


Bye-bye Thailand...

Acane??? rasa-rasa nak pergi bercuti ke Hatyai x selepas baca cerita Hanis?
Bila lagi nak kenal tempat orang..hihihi .
Pengalaman yang best bila melancong ditempat orang, kita dapat mengetahui macam mana kehidupan mereka disana, makanan tradisional mereka dan lain-lain..
Tapi kebanyakkan mereka tidak fasih berbahasa Ingeris mungkin sukar sedikit untuk kita berkomunikasi dengan mereka. Nasib baik tour guide ktorang ni fasih bercakap siam.. Kalau x terpaksalah kami berbahasa isyarat...hihihi
Ok ni jewlah yang dapat hanis share nga korang, harap korang boleh gambarkan betapa seronoknya pergi bercuti di Hatyai.. 
Thank sebab sudi luangkan masa baca post hanis..
Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Quotes

“Travel.

As Much As You Can.

As Far As You Can.

As Long As You Can.

Life’s Not Meant To Be Lived In One Place”quote