Wednesday 30 April 2014

Cuti -Cuti Malaysia 2014


Assalamualaikum...

Thank sudi baca dan visit blog Hanis.
Hanis nak share cerita kat korang semua.
Cuti mid sem yang lepas Hanis & kawan-kawan telah pergi bercuti ke Pulau Langkawi.
Kami pergi ke Pulau Langkawi menaiki Kapal Terbang Air Asia di LCCT,Sepang.
Kami menaiki flight pada pukul 9.15mlm dan sampai ke Pulau Langkawi pada pukul 10.10mlm. Tiba disana kami menaiki van untuk ke homestay yang telah kami booking utk penginapan kami semasa di Pulau Langkawi.

Selepas check in kami keluar mencari makan disekitar kawasan Pantai Cenang dan melihat suasana malam di tepi pantai.


Selamat tiba di Lapangan Terbang, Pulau Langkawi

Keesokannya, kami  bersiap untuk ke "Island Hopping". Kami menaiki bot yang telah disewa. Ia mengambil masa tiga jam untuk meliputi 3 pulau.

Menaiki bot untuk ke 3 pulau.

 Pulau pertama ialah Pulau Beras Basah disini kami dapat berenang, snorkeling dan dapat melihat keindahan pantai yang sangat cantik.


Selepas itu, kami dibawa ke Pulau Singa Besar disana kami dapat menonton helang makan dan terakhir, Tasik Dayang Bunting ia merupakan sebuah tasik air tawar dan kami sempat melihat bentuk bukit seakan seorang perempuan yang mengandung sedang baring. Disana kami berjalan sekitar kawasan itu dan mendaki beberapa buah tangga untuk ke tasik tersebut.


Pulau Beras Basah


Seronok sangat...


1,2,3 senyum...keindahan yang sangat cantik di pulau beras basah...


Tasik Dayang Bunting...

Di Tasik air tawar...

Selepas balik dari pulau, kami pergi makan tengahari dan membeli belah di sekitar Pekan Rabu. Tempat utama yang kami tuju adalah Ismail Group dan Idaman Suri untuk beli ole2,coklat yang sedap2 dan murah...

Ismail Group..

Selesai saja kami membeli belah, kami teruskan perjalanan ke Cable Car Langkawi... Semua orang ingin merasa perasaan menaik cabel car, tiket untuk naik Cable Car RM15 seorang. Sampai diatas kami dapat melihat pemadangan pulau buatan dan keindahan alam. 

Kenangan di Cable Car Langkawi..

Seharian berjalan di sekitar Pulau Langkawi, pengalaman percutian yang xdapat dilupakan bersama kawan-kawan yang sentiasa bersama.. Love you all so much.. Esoknya kami pulang menaiki flight dan selamat sampai ke rumah kediaman masing-masing.



Quotes

“Travel.

As Much As You Can.

As Far As You Can.

As Long As You Can.

Life’s Not Meant To Be Lived In One Place”quote