Monday 26 May 2014

Universal Studios Singapore (USS)




Kali nie nak share citer p trip kat USS Singapore.
Memang excitedlah sebab dengar cerita dari member2 cakap USS best..
ada transformer, roller coaster dan game-game yang best..
So kali nie, Hanis p trip dengan kawan2 kelas.
Pergi pun lepas final exam sem lepas..
 So pe lagi kte enjoy!!! sepuas nye..hahahaha

Sebelum nak masuk USS, jangan lupa bawa Passport, IC, white card dan dilarang membawa chewing gum masuk dalam Singapore. Kami menaiki bas dari Politeknik Ibrahim Sultan.Perjalanan nak ke situ dalam sejam juga. Nak masuk imigresen tu, fuhhhh memang panjang lah so those yang nak p, kena gerak awal :)

Jom layan gambar dalam USS ni. Tak tahu nak cerita pasal gambar ni, so tengoklah... :)


Pintu masuk utama Universal Studios Singapore (USS)

Sesame Street
Family Of Madagascar
Kereta Labu Cinderella 



Best dalam ni, sehari pun tak cukup pusing USS ni. 
Walaupun penat, sakit kaki, berpeluh tapi semangat nak ambik gambar !! 
Rugi tak ambik gambar. Semua kat sini sibuk ambik gambar .
 Kat Malaysia takde. Hehe.
Okey Hanis nak bagi tips sebelum dan semasa berada di USS.

Tips Sebelum Dan Semasa Berada Dalam USS :
  1. Sila tukar duit USG anda di JB .
  2. Kalau nak p, kena p pagi sebab kalau lambat masuk akan tersangkut lama kat Imigresen
  3. Sila bawa rain coat sebab dalam tu ada mainan yang akan basah atau kena air. Kalau beli rain coat kat USS, 3x ganda mahal
  4. Bawa botol/bekas atau air mineral sendiri sebab kat situ panas dan air sangat diperlukan. Watercooler banyak kat situ so, bawa botol je, boleh refill.
  5. Bawa baju lebih bawa masuk dalam tu. Kemungkinan korang akan basah bila berada di waterworld.
  6. Dilarang bawa masuk chewing gum dalam Singapore
  7. Dibenarkan bawa makan ringan
  8. Kalau rasa dah bosan duduk dalam tu, boleh keluar jalan-jalan di area Sentosa. Jangan lupa bagitau orang kat pintu keluar tu, korang akan masuk lagi. So dia akan cop tangan kita . Kalau takde cop tu, kita tak boleh masuk. Hehe
  9. Dinasihatkan kalau nak beli ole-ole jangan beli kat dalam USS sebab mahal. Lain lah kalau korang nak sangat kan. Tempat yang digalakkan ialah kat area Sentosa. Kat luar USS. Kena jalan kaki sikit ke depan. Bersebelahan dengan KFC . Haa situ murah kalau nak beli ole-ole.
Sampai sinilah perkongsian pengalaman dan tips Hanis ke USS. Pengalaman yang tak akan dilupakan. Memang best. Tak cukup sehari nak main mainan kat dalam tu. Kalau nak bawa family bercuti kat sini pun not bad. Hehe. So terima kasih sudi membaca.Hehe 
Assalamualaikum :)

P/s : Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal Universal Studios Singapore ( USS), 
korang boleh KLIK DISINI!!!

Thursday 15 May 2014

Trip To Krabi, Thailand.



Ok harini Hanis nak share percutian di Krabi ,Thailand

Bertolak dari Alor Setar melalui wang kelian dengan menaiki van persiaran.
Sampai di sempadan Malaysia-Thailand, urusan mengecop passport.Perjalanan ke krabi mengambil masa selama 5jam.
Urusan cop passport di immigration Wang Kelian

 Sampai di krabi kami dibawa ke hotel untuk check in.
Pada malamnya, kami berjalan di Ao Nang Beach. 
Sepanjangan laluan di Ao Nang Beach terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakain, makanan dan sebagainya... 
Disini ramai pelancong asing dan juga pelancong dari Malaysia...
Suasana disini yang sangat meriah, sangat seronok.
Setelah penat berjalan, kami pulang ke hotel menaiki tut tut yang hanya 20bath = RM2 seorang

Deretan kedai di Ao Nang...

I Love Krabi...
Keesokannya, kami sarapan pagi di hotel dan bersiap untuk dibawa melawat ke “4 Island Tour” dengan menaiki "Long Tail Boat".
Kami akan pergi melawat ke Poda Island, Tub Island, Chicken Island, Pranang Island dan melakukan aktiviti seperti mandi pantai, bersantai di tepi pantai dan snorkelling . Pakej ini termasuk dengan Minuman, makan tengahari dan buah-buahan disediakan untuk kami dalam perjalan ke pulau. 
Menaiki "Long Tail Boat" untuk ke "4 Island Tour"... 

Air laut yang sangat cantik dan kebiru-biruan... 

Chicken Island

Poda Island

Pranang Island

Tub Island 

Aktiviti snorkelling di Chicken Island... 
First time nie hihi 

Konon-konon bertapa dalam gua di Poda Island... 
seronok sangat...

Pada petangnya, kami pulang ke hotel setelah penat pergi ke 4 pulau. Malamnya, kami dibawa makan di restorant halal dan bertolak ke Pekan Krabi untuk membeli-belah. 
Muka lapar... Nak makan. 

Night Market at Krabi.

Esokknya, bersiap untuk pulang dan check-out hotel. Sebelum pulang kami dibawa melawat ke Krabi Town .
 
Tiba di Krabi Town , melawat ke tempat simbolik bagi Krabi 
"Khao Nam Kanap" (Twin Mountains). Disini juga kami membeli sedikit buah tangan dari Krabi untuk dibawa pulang ke Malaysia
Selepas itu kami terus pulang ke Malaysia.

Mengambil gambar kenangan di patung Giant Black Crab. 
Yang terdapat di Krabi Town.

With My Bff at Krabi, Thailand.

Pengalaman yang seronok sangat sebab dapat pergi bercuti di Krabi dengan My Bff, Fasihah Aziz. Okey nie jewlah yang Hanis nak share dengan korang. Harap korang suka baca blog Hanis. 
Terima Kasih...

Sunday 11 May 2014

Selamat Hari Ibu

Ucapan Untuk Ummy

Hanis ingin mengambil kesempatan di hari ini, 
Untuk mengucapkan terima kasih kepada Ibuku Pn.Zaiton Mustapha
Atas semua yang telah kau lakukan untuk hidupku.

Thank you Ummy...
And wish you a Very Happy Mothers Day!



Keajaiban dalam hidup, adalah terlahir dari rahimmu.
Seorang
 
wanita yang telah memberi aku cinta dan pengorbanan.
Selamat
 
Hari Ibu!

Tidak
 
ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,
Tidak
 
ada Tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,
Tak
 
ada bunga yang lebih cantik selain senyummu,
Tak
 
ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu.
Kau
 
adalah alasan kenapa aku ada disini.

Ummy,
 
kau telah melihat aku tertawa
Kau juga pernah melihat aku menangis
Dan kau selalu ada bersamaku
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini
Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu
Selamat Hari Ibu.

Nukilan ikhlas dari anakmu...


Wednesday 7 May 2014

Percutian di Hatyai, Thailand.

Hai semua...
Okeypost sebelum nie hanis dah citer pasal pergi bercuti di Pulau Langkawi. Kali nie pulak hanis nak share percutian hanis di Hatyai, Thailand. Bercuti di negara jiran pulak kita kali nie bersama kawan2..hihihi sebelum ni hanis hanya dengar cerita dari kawan-kawan dan sedara mara tentang Hatyai. So, nak tahu ape yang best sgt jomlah baca cerita hanis sampai habis k

Hanis ke sana mengambil pakej travel agent dari member hanis jugak. 2hari 1 malam dengan harga RM135 termasuk penginapan, pengangkutan dan semualah Bertolak ke Hatyai dari Alor Setar melalui Bukit Kayu Hitam dengan menaiki van persiaran. Sampai di sempadan Malaysia-Thailand, urusan mengecop passport.
Apabila sampai di hatyai, kami dibawa check-in di hotel dan makan tengahari.

Bersantai di Lobby Kiss Gardenhome Chic Hotel 

Seterusnya,kami di bawa terus ke Songkhla ,Tugu Mermaid yang terdapat di pantai Samila, Ko Ya yang terletak lebih kurang 10km dari bandar Songkhla .

Tugu Mermaid di pantai Samila, Ko Ya Songkhla

 Selepas itu,kami dibawa ke Cabel Car Hatyai. Dari atas sebelah kiri, kami dapat melihat view Bandar Songkhla dan di situ terdapat beberapa peniggalan sejarah. Sebaliknya, di sebelah kanan kami dapat melihat view Laut China Selatan dan Tasik Songkhla yang sangat cantik. 

Bersantai sambil makan sebelum naik Cable Car...

Pemandangan dari atas dan dapat lihat seluruh Bandar Songkhla. 

Setelah penat berjalan kami mengisi perut untuk makan malam di medan selera,Hatyai. Disini tidak sukar untuk mencari kedai makanan halal, kami tetap jumpa kedai makanan halal termasuklah di medan selera shopping mall,Hatyai.

Kemudian, inilah masanya bagi yang perempuan untuk membeli-belah. Orang kata kat hatyai barang semua murah-murah. Kami dibawa shopping di Greenway Night Market, disana terdapat pelbagai barang dari yang baby hingga yang tua. Kami menjadi rambang mata terdapat banyak pilihan yang cantik-cantik hihihi

Greenway Night Market 

Suasana di Night Market



Antara barang yang terdapat disana.

Keesokannya, selepas sarapan pagi dan check-out hotel. Kami bertolak ke Nora Plaza dan kedai menjual hasil tempatan untuk membeli-belah di Plaza Central. 

Bergambar kenangan di hadapan hotel, sebelum pulang ke Malaysia.. 

Kami dibawa ke Chang Puak Camp, untuk menungang gajah dengan harga tiket 500 baht seorang. Banyak permainan yang menarik terdapat disini seperti menaiki ATV, memanah, permainan dart.

Pintu hadapan Chang Puak Camp

Aktiviti menungang gajah. 
Dibawa berjalan pusing di sekitar perkampungan kecil selama 30minit.

Seterusnya,kami ke Floating market disana terdapat banyak makanan halal , pakaian dan lain-lain.

Pintu masuk 'Floating Market' 

Antara kedai yang terdapat di Floating Market



Keunikan disana adalah mereka berniaga makanan di atas sampan.
Saya sangat teruja dan tak sabar untuk merasai makanan yang dijual, yang penting semua makanan yang dijual adalah halal... Pelbagai jenis makanan terdapat disana dari pembuka selera hingga pencuci mulut... Kalau anda datang ke Hatyai jangan lupa singgah di Floating Market... Pasti anda xrasa rugi, bila kesana... Promote cikit... 

Dalam perjalan untuk pulang kami singgah seketika di danok untuk membeli pulut ayam. Sangattt sangat sedap hihiihi.

Suasana di sekitar Danok.

Setelah habis tour, kami terus bertolak pulang ke Malaysia.


Bye-bye Thailand...

Acane??? rasa-rasa nak pergi bercuti ke Hatyai x selepas baca cerita Hanis?
Bila lagi nak kenal tempat orang..hihihi .
Pengalaman yang best bila melancong ditempat orang, kita dapat mengetahui macam mana kehidupan mereka disana, makanan tradisional mereka dan lain-lain..
Tapi kebanyakkan mereka tidak fasih berbahasa Ingeris mungkin sukar sedikit untuk kita berkomunikasi dengan mereka. Nasib baik tour guide ktorang ni fasih bercakap siam.. Kalau x terpaksalah kami berbahasa isyarat...hihihi
Ok ni jewlah yang dapat hanis share nga korang, harap korang boleh gambarkan betapa seronoknya pergi bercuti di Hatyai.. 
Thank sebab sudi luangkan masa baca post hanis..
Assalamualaikum.


Quotes

“Travel.

As Much As You Can.

As Far As You Can.

As Long As You Can.

Life’s Not Meant To Be Lived In One Place”quote