Saturday 14 June 2014

Pesta Explore Johor 2014

Pada 6 -8 jun 2014,
 Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 Kerajaan Negeri Johor dari Jabatan Pelancongan Johor telah menganjurkan Pesta Explore Johor 2014 pada Senai International Airport Johor . 
Hanis dan kawan sekelas telah terlibat dalam pameran pelancongan "Explore Johor" ini sebagai sukarelawan. Ini adalah kali pertama Hanis melibatkan diri dalam event macam nie..hihihi...
So, nak cari pengalaman lah katakan... 
Tag Pameran Pelancongan "Explore Johor "
Terdapat 121 booth pameran disana, termasuklah booth dari Politeknik Ibrahim Sultan. Booth P.I.S mempamerkan produk inovasi dari pelajar politeknik. Disamping itu, rakan sekelas kami telah mengambil bahagian untuk membuat pameran ukiran buah-buahan dan hiasan cupcake. Kami mengikuti program ini dari awal hinggalah akhir program ini... Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan seperti cabutan bertuah, Citrarasa dan pertujukan seni kebudayaan. Tujuan pameran ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan lagi kepada orang ramai tentang tarikan tempat melancong dan budaya yang terdapat di Johor . Sedikit sebanyak gambar semasa kami di sana.
Set Up Booth P.I.S
Sesi taklimat bersama penganjur.
Majlis Perasmian dan sidang akhbar bersama
Y.A.B Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor
Antara pameran yang terdapat di Booth P.I.S
Keratan Akhbar pada 7 Jun 2014
Booth P.I.S
Demo ukiran buah
Antara 'volunteer' yang terlibat...
Walaupun sibuk dengan tugasan yang diberi oleh pensyarah, kami masih lagi sempat meluangkan masa untuk menyertai program sebegini. Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat dipelajari semasa disana. Harap pasni ada lagi program yang macam nie... 
Best Uth student terbaik...

Tanjung Pinang , Indonesia

Hai pe khabar...
 Hanis nak share sikit cerita dan gambar masa Hanis pergi lawatan ke Tanjung Pinang, Indonesia  bersama kawan kelas UTH1...Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang sempat kami kunjungi selama 3 hari 2 malam kami di sana. Kami telah berjaya membuat lawatan ke rumah anak yatim, sekolah dan universiti, dan juga tempat bersejarah di Pulau Penyengat tempat yang penuh dengan sejarah dan budaya. 

Jeti Feri Di Tanjung Pinang, Indonesia
Bersama anak yatim di Madrasah
Bergambar kenangan di Sekolah Tinggi Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Raja Ali Haji
Bersama pelajar dari Universitas di Muzium Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah
Dihadapan Masjid Raja Sultan Riau (Masjid Telur), Pulau Penyengat

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang lawatan ini... Ok nielah serba sedikit cerita Hanis pergi ke sana... Best sebab dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat mengetahui serba sedikit budaya yang di amalkan disana...
Thanks korang sudi luangkan masa tuk baca blog Coretan Cik Hanees...

Selamat Hari Bapa

Esok, 15 Jun 2014 adalah Hari Bapa.. 
Tapi bagi Hanis setiap hari adalah hari bapa...
Selamat Hari Bapa kepada Abahku Wan Seman Bin Wan Harun.

 Buat Abah Tersayang...
Terima Kasih kerana menjadi seorang bapa
yang melindungi kami adik beradik
dari dunia luar yang mencabar
sehingga kami di didik menjadi "seorang manusia" yang berguna
semoga Allah  panjangkan umur abah (dan Ummi juga) 
dan stay encem,macho,kacak seperti selalu...
Love you abah...


Puisi Untuk Abah

Abah...
Beribu kata telah kau ucapkan..
Beribu cinta telah kau berikan ..
Beribu kasih telah kau curahkan..
Hanya untuk anak mu..

Abah..
Kau ajarkan ku tentang kebaikan..
Kau tunjukan ku tentang arti cinta..
Kau jelaskan ku tentang makna kehidupan..
Dan kau mendidik ku dengan sungguh kasih sayang..

Abah..
Betapa mulianya hati mu..
Kau korbankan segalanya demi anak mu..
Kau banting tulang hanya untuk anak mu..

Kini ku berjanji untuk semua kerja keras mu..
Ku berjanji untuk semua kasih sayang mu..
Dan ku berjanji untuk ketulusan hati mu..
Bahawa aku akan selalu menjaga mu..
Aku akan selalu menyayangi mu hingga akhir hiup ku..

Terima kasih abah untuk semua kasih sayang mu..
Adik Sayang Abah...
Nukilan ikhlas dari Adik...

Tuesday 3 June 2014

MALAYSIA ORIENTEERING ASEAN CUP CIRCUIT 2014, GUA TEMPURUNG, PERAK.


Pada 3 Mei 2014, Hanis dan rakan sekelas dari uth2 telah mengambil bahagian dalam MALAYSIA ORIENTEERING ASEAN CUP CIRCUIT di Gua Tempurung, perak. 

Logo Malaysia Orienteering Asean Cup Circuit 2014
Kejohanan ini, peserta diuji dari segi ketahanan mental dan fizikal. Ini adalah kali pertama Hanis melibatkan diri  dalam game yang agak lasak dan mencabar.
 Cabaran individu ini , peserta disediakan dengan peta topografi di sekitar kawasan Gua Tempurung dan petunjuk arah. Jarak litar ini ialah kira-kira 14.8 km dan kami harus menyelesaikan 13 check point yang telah ditetapkan dengan menggunakan “dibber”.
Alhamdulillah, walaupun pulang tanpa hadiah kami semua berpuas hati kerana semua peserta Politeknik Ibrahim Sultan berjaya menamatkan kejohanan itu dengan keputusan membanggakan.
Di sini, Hanis ingin berkongsi beberapa gambar di Gua Tempurung Perak.

Peta dan "check point"
"Dibber"
Sebelum bermulanya game
"My Team"
Finish...
 Akhirnya, Yeayyyy saya boleh!!!
 Thank kepada rakan seperjuangan saya yang memberi semangat kepada saya untuk meneruskan perjalanan hingga ke garisan penamat.



Monday 26 May 2014

Universal Studios Singapore (USS)




Kali nie nak share citer p trip kat USS Singapore.
Memang excitedlah sebab dengar cerita dari member2 cakap USS best..
ada transformer, roller coaster dan game-game yang best..
So kali nie, Hanis p trip dengan kawan2 kelas.
Pergi pun lepas final exam sem lepas..
 So pe lagi kte enjoy!!! sepuas nye..hahahaha

Sebelum nak masuk USS, jangan lupa bawa Passport, IC, white card dan dilarang membawa chewing gum masuk dalam Singapore. Kami menaiki bas dari Politeknik Ibrahim Sultan.Perjalanan nak ke situ dalam sejam juga. Nak masuk imigresen tu, fuhhhh memang panjang lah so those yang nak p, kena gerak awal :)

Jom layan gambar dalam USS ni. Tak tahu nak cerita pasal gambar ni, so tengoklah... :)


Pintu masuk utama Universal Studios Singapore (USS)

Sesame Street
Family Of Madagascar
Kereta Labu Cinderella 



Best dalam ni, sehari pun tak cukup pusing USS ni. 
Walaupun penat, sakit kaki, berpeluh tapi semangat nak ambik gambar !! 
Rugi tak ambik gambar. Semua kat sini sibuk ambik gambar .
 Kat Malaysia takde. Hehe.
Okey Hanis nak bagi tips sebelum dan semasa berada di USS.

Tips Sebelum Dan Semasa Berada Dalam USS :
  1. Sila tukar duit USG anda di JB .
  2. Kalau nak p, kena p pagi sebab kalau lambat masuk akan tersangkut lama kat Imigresen
  3. Sila bawa rain coat sebab dalam tu ada mainan yang akan basah atau kena air. Kalau beli rain coat kat USS, 3x ganda mahal
  4. Bawa botol/bekas atau air mineral sendiri sebab kat situ panas dan air sangat diperlukan. Watercooler banyak kat situ so, bawa botol je, boleh refill.
  5. Bawa baju lebih bawa masuk dalam tu. Kemungkinan korang akan basah bila berada di waterworld.
  6. Dilarang bawa masuk chewing gum dalam Singapore
  7. Dibenarkan bawa makan ringan
  8. Kalau rasa dah bosan duduk dalam tu, boleh keluar jalan-jalan di area Sentosa. Jangan lupa bagitau orang kat pintu keluar tu, korang akan masuk lagi. So dia akan cop tangan kita . Kalau takde cop tu, kita tak boleh masuk. Hehe
  9. Dinasihatkan kalau nak beli ole-ole jangan beli kat dalam USS sebab mahal. Lain lah kalau korang nak sangat kan. Tempat yang digalakkan ialah kat area Sentosa. Kat luar USS. Kena jalan kaki sikit ke depan. Bersebelahan dengan KFC . Haa situ murah kalau nak beli ole-ole.
Sampai sinilah perkongsian pengalaman dan tips Hanis ke USS. Pengalaman yang tak akan dilupakan. Memang best. Tak cukup sehari nak main mainan kat dalam tu. Kalau nak bawa family bercuti kat sini pun not bad. Hehe. So terima kasih sudi membaca.Hehe 
Assalamualaikum :)

P/s : Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal Universal Studios Singapore ( USS), 
korang boleh KLIK DISINI!!!

Thursday 15 May 2014

Trip To Krabi, Thailand.



Ok harini Hanis nak share percutian di Krabi ,Thailand

Bertolak dari Alor Setar melalui wang kelian dengan menaiki van persiaran.
Sampai di sempadan Malaysia-Thailand, urusan mengecop passport.Perjalanan ke krabi mengambil masa selama 5jam.
Urusan cop passport di immigration Wang Kelian

 Sampai di krabi kami dibawa ke hotel untuk check in.
Pada malamnya, kami berjalan di Ao Nang Beach. 
Sepanjangan laluan di Ao Nang Beach terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakain, makanan dan sebagainya... 
Disini ramai pelancong asing dan juga pelancong dari Malaysia...
Suasana disini yang sangat meriah, sangat seronok.
Setelah penat berjalan, kami pulang ke hotel menaiki tut tut yang hanya 20bath = RM2 seorang

Deretan kedai di Ao Nang...

I Love Krabi...
Keesokannya, kami sarapan pagi di hotel dan bersiap untuk dibawa melawat ke “4 Island Tour” dengan menaiki "Long Tail Boat".
Kami akan pergi melawat ke Poda Island, Tub Island, Chicken Island, Pranang Island dan melakukan aktiviti seperti mandi pantai, bersantai di tepi pantai dan snorkelling . Pakej ini termasuk dengan Minuman, makan tengahari dan buah-buahan disediakan untuk kami dalam perjalan ke pulau. 
Menaiki "Long Tail Boat" untuk ke "4 Island Tour"... 

Air laut yang sangat cantik dan kebiru-biruan... 

Chicken Island

Poda Island

Pranang Island

Tub Island 

Aktiviti snorkelling di Chicken Island... 
First time nie hihi 

Konon-konon bertapa dalam gua di Poda Island... 
seronok sangat...

Pada petangnya, kami pulang ke hotel setelah penat pergi ke 4 pulau. Malamnya, kami dibawa makan di restorant halal dan bertolak ke Pekan Krabi untuk membeli-belah. 
Muka lapar... Nak makan. 

Night Market at Krabi.

Esokknya, bersiap untuk pulang dan check-out hotel. Sebelum pulang kami dibawa melawat ke Krabi Town .
 
Tiba di Krabi Town , melawat ke tempat simbolik bagi Krabi 
"Khao Nam Kanap" (Twin Mountains). Disini juga kami membeli sedikit buah tangan dari Krabi untuk dibawa pulang ke Malaysia
Selepas itu kami terus pulang ke Malaysia.

Mengambil gambar kenangan di patung Giant Black Crab. 
Yang terdapat di Krabi Town.

With My Bff at Krabi, Thailand.

Pengalaman yang seronok sangat sebab dapat pergi bercuti di Krabi dengan My Bff, Fasihah Aziz. Okey nie jewlah yang Hanis nak share dengan korang. Harap korang suka baca blog Hanis. 
Terima Kasih...

Quotes

“Travel.

As Much As You Can.

As Far As You Can.

As Long As You Can.

Life’s Not Meant To Be Lived In One Place”quote